top of page

Pertubuhan Dan Pelayanan Gereja
Borneo Evangelical Mission (BEM)

Pada 31 Disember 2011, SIB telah diiktirafkan dan didaftarkan dibawah pendaftaran Borneo Evangelical Mission (BEM) sebagai hasil persetujuan Persidangan Agung BEM pada akhir tahun 2016.

 

Sijil BEM  inilah yang kita minta kembali daripada pihak OMF dalam tahun 2006 setelah waktu tersebut SIB diberikan Surat Tunjuk Sebab untuk Dimansuhkan” atau “Show Cause Letter” dari Kuala Lumpur pada tahun 2005.  Sijil ini juga yang kita pakai sebagai status dan kedudukan peralihan pendaftaran dari SIB di bawah ROS kepada BEM di bawah Missionary Society Ordinance pada 31 Disember 2011.

 

Jadi secara rasminya BEM/SIB ada tiga kali proses peralihan pendaftarannya yang bermula dari BEM (1928 – 1958), SIB (1959 – 2016) dan BEM (2017 – sekarang dan seterusnya). Dalam langkah yang ketiga ini, BEM akan melancarkan Visi dan Misi untuk tahun 2050 setelah Visi dan Misi 2020 SIB selesai pada tahun 2020.

 

Pihak Majlis Umum telah melantik sebuah Komiti Perancangan untuk memikirkan dan merancangkan Visi dan Misi 2050 ini dalam dua tahun ini sebelum tahun 2020 selesai. Ini adalah gelombang Ke-3 sejarah  Pertubuhan dan Perkembangan BEM yang mula sejak 2017 sampai sekarang ini.

bottom of page