top of page

"Aku akan mendirikan jemaat-Ku"

Frank Davison,Carey Tolley & Hudson Southwell

              Lebih daripada sembilan puluh empat tahun dahulu Tuhan telah memulai menyediakan beberapa orang yang akan menjadi penyampai Injil, di antara pendeta-pendeta (mubaligh-mubaligh) yang pertama, kepada penduduk-penduduk di Sarawak dan Sabah, terutamanya penduduk penduduk yang menjadi ahli Sidang Injil Borneo (SIB) pada hari ini.


              Pada tahun 1928, Hudson Southwell (Padan Tuah), Frank Davidson(Dawat Do) dan Carey Tolley(Pdt. Tuli)  bertolak dari Australia ke Sarawak. Mereka berjumpa dengan Rajah (Charles Vyner Brooke) di Kuching untuk mendapatkan kebenaran menginjil dalam Sarawak. Polisi Rajah pada masa itu adalah membahagikan kawasan yang berlainan kepada setiap misi. Limbang merupakan kawasan tunggal yang belum dilayani oleh apa-apa misi, maka Raja pun mengizinkan mereka bekerja di kawasan ini. Mereka berdayung ke hulu Sungai Spanga dan mendirikan satu pusat di antara orang Iban di sanan. Selepas beberapa tahun mereka mengajar di sana Injil yang dibawa oleh mereka itu disambut dengan dingin. Rupanya masa Tuhan bekerja di antara orang Iban belum tiba.

Ketiga-tiga orang peneroka (yang pertama-tama) ini kemudian ditemani oleh pekerja-pekerja lain. George Aitken dan Roland Bewsher pergi da tinggal di Limpasung untuk mengajar orang Bisaya. Pada masa kewangan misi yang paling kekurangan ini, Roland Bewsher pindah ke seberang sungai dan tinggal di Rumah Itai yang terletak di Ranggu. Itai, isterinya Lalang dan sekeluarganya percaya dan dari permulaan yang kecil ini tertumbuhlah Sidang Bisaya.

​

Pada masa yang sama, Frank Davidson melawati orang Kelabit di Hulu Sungai Medihit dan Injil pun mereka kepada kaum ini. Raja Brooke, pada mulanya , melarang pendeta-pendeta berkunjung dan mengajar orang Lun Bawang, kerana kaum ini pemabuk dan sedang menghadapi kelenyapan sehingga dia mengutuki mereka di luar pertolongan manusia. Tetapi kaum inilah yang dipilih oleh Tuhan untuk memuliakanNya.

​

Diantara rumah Lun Bawang yang terletak di Lembah Limbang, ada beberapa orang yang sedia menerima Injil Tuhan dan salah seorang daripada mereka ialah Lawai Asi’ seorang pemuda. Dia menerima Kristus sebagai Penyelamatnya dan dialah ahli SIB yang pertama mengikut Kristus dalam pembaptisan.

​

Orang Lun Bawang di kawasan Limbang ini ada perhubungan dengan kaum mereka yang dihilir Sungai Trusan. Bila Lun Bawang Sungai Trusan ini mendengar tentang apa yang berlaku di Lembah Limbang, mereka membuat keputusan berdayung ke hilir Sungai Trusan lalu ke hulu Sungai Limbang. Disamping Sungai Limbang, mereka bertanya, “ dimanakah mereka yang dapat memberitahu kami tentang Allah?” Akhirnya , mereka terjumpa Pdt. Padan Tuah dan Injil itu diberitahukan. Dengan tidak memperdulikan arahan Raja, Hudson mencari jalannya ke kawasan hilir Trusan dan memberikatakan Injil kepada Lun Bawang yang di sana.

​

Kira-kira masa yang sama, Carey Tolley berdayung sepanjang Sungai Limbang dan memberitakan Injil kepada Lun Bawang yang tinggal di Lembah Sungai Adang. Disana juga dia terjumpa dengan sekumpulan orang yang disediakan oleh Allah. Mereka menerima Injil dengan hati yang terbuka. Racha Umong, seorang anak dan anak Ketua Kampung, adalah diantara mereka yang percaya bila mereka mendengar  Injil pada kali pertama. Carey Tolley meneruskan perjalanannya ke asal Sungan Trusan, dan disana dia melihat lebih banyak pekerjaan Tuhan yang ajaib untuk keselamatan kaum ini.

1.png

       Sementara Tuhan menyediakan ketiga orang peneroka BEM di Australia, Dia juga melatih mubaligh daripada Christian And Missionery Alliance (Persekutuan Kristian dan Mubaligh) di Amerika Syarikat dan di Makassar ( sekarang dipanggil Ujung Padang) di Sulawesi untuk menyampaikan Injil kepada penduduk –penduduk pedalaman Pulau Borneo. Di Makassar, Dr. Jaffrey yang datang daripada Christian And Misionery Alliance telah mendirikan sebuah Sekolah Theologia untuk melatih lelaki, dari Sulawesi , Timor dan tempat-tempat Indies Timur Netherland (Belanda) yang lain, menjadi penginjil dan pengajar. Lelaki ini bekerjasama dengan pendeta dari Amerika Syarikat (CMA). Beberapa orang dari mereka pergi ke pantai Selatan Borneo dan berjalan sambil mereka memberitakan Injil hingga ke pedalaman. Encik Preswood dan golongannya bertemu kaum Lun bawang, yang dikenal sebagai Lun Dayeh di daerah itu. Dia juga mendapati bahawa mereka ini juga telah disediakan untuk menyambut Injil Kristus.

Datuk Racha Umong

Dalam masa yang singkat, satu demi satu kampong menjadi beriman kepada Yesus Kristus dan mulai menjadi saksi untuk Yesus. Saksi-saksi Injil yang tergabung di kedua-dua belah sempadan Sarawak dan Kalimantan Timur ini mengakibatkan penumbuhan sidang di kebanyakkan kampung Lun Bawang. Bila Rajah Brooke melihat apa yang terjadi di antara kaum Lun Bawang di Sarawak, dia membenarkan BEM bergerak ke kawasan Lun Bawang.

Pada pertengahan tahun 1930-an, Stafford Young (BEM) melawati kampung-kampung di sepanjang Sungai Trusan dan dia terdapat bahawa mereka telah membina sebuah gereja atap di setiap kampung. Kebaktian diadakan setiap pagi, dan disamping itu, penduduk kampung juga berhimpun untuk kebaktian pada setiap minggu. Mereka menggunakan beberapa nyanyian gereja dan cerita Alkitab yang mereka belajar dalam penyembahan yang dipimpin oleh pelayan sidang. Segala penyembahan dan pengamalan animisme serta kemabukan, semuanya sudah hilang. Kehidupan mereka sekarang berpusat atas iman mereka kepada Yesus Kristus.


Frank Davidson menginggalkan orang Kelabit yang di Medihit dan berpindah ke hilir Sungai Trusan di mana ia memulakan satu sekolah theologia untuk melatih pemuda yang terpilih daripada kampung yang berhampiran pantai. Sementara itu, Sabah tidak dilupakan. Pdt Padan Tuah ( Hudson Southwell) melawati Keningau, Tambunan, Ranau dan balik ke pantai Jesselton ( Kota Kinabalu) . Selepas itu, Stafford Young mulai menginjili di antara orang Dusun di kawsan Hulu Tuaran. Dia membinan sebuah rumah di Ranau dan dia ditemani oleh Trevor White, dan setelah itu Alan Belcher ( Pdta Meripa palong). Pada tempoh permulaan itu hanya sedikitn orang sahaj yang menerima pengkhabaran Injil itu, di antara adalah Kuntuni.20

dfdd9_reverend-memorial-2.jpg

Bila Trever White sampai di Ranau, dia mendapati bahawa Kuntuni telah membuat penginjilan di beberapa kampung di sekeliling Ranau semasa pendeta-pendeta ditahan. Kebanyakkan orang kampung menggemari cerita Injil,tetapi mereka hendak menyaksikan kepulanangan pendeta orang putih itu pada penghabisan Perang Dunia sebagi bukti ajarannya. Maka mereka menunggu-nunggu sepanjang tempoh peperangan itu. Bila mereka nampak Trevor White dan diberitahu bahawa Pdt. Meripa sedang pulang, Kuntuni berkhotbah sekali lagi mengakibatkan mereka mulai percaya kepada Yesus Kristus.Injil

Mr & Mrs Alan Belcher ( Pdt Ganit & Meripa Palung)

Injil merebak dari satu kampung ke kampung yang lain dengan cepat sehingga Pendeta BEM merasa pelayanan mengajar di Sabah terlalu besar. Tidak lama selepas Pendeta Padan Tuah kembali ke Sarawak, dia menerima satu panggilan daripada Lio Mato (Ulu Baram) meminta dia melawat Kenyang Badeng di sana. Ramai saudara-mara yang disebelah sempadan Kalimantan Timur telah menerima Kristus melalui kesaksian pendeta utusan daripada Amerika Syarikat. Beliau pun bertolak dari Lawas ke Lio Mato dan di sana sekali lagi menjumpai sekumpulan orang yang telah bersiap sedia untuk menerima Kristus.Dari Lio Mato, Pendeta Padan Tuah pergi ke tempat Kayan di Long Tebangan dan hasilnya ialah rumah panjang Kristen Kayan yang pertama di Sarawak. Tidak lama kemudian, rumah panjang Kenyah dan kayan di Baram berturut-turut beriman kepada Yesus Kristus.

Pada perakhiran 1941, Perang Dunia Kedua sampai di Borneo Pendeta-pendeta BEM yang di Limbang berdayung ke Medihit, tetapi keluarga Southwell pergi ke Hulu Trusan untuk mengajar Sidang Lun Bawang yang masih baru. Frank Davidson dan Brian Macombe, pada masa itu seorang pendeta baru, bersama dengan pendeta yang lain yang ke Berayong di mana mereka juga dapat melanjutkan pengajaran mereka. Frank Davidson mulai menterjemahkan nyanyian gereja dalam bahasa Lun Bawang.

mqdefault.jpg

Stafford Young, John Threvor White (Asang) & Alan Belcher (Meripa Palong

Dari petengah tahun 1942, semua Pendeta BEM, bersama dengan orang Eropah yang berada di Sabah dan Sarawak, ditahan di Kuching sehingga bulan September tahun 1945. Frank Davidson (Pdt. Dawat) meninggal dunia di perkemahan tahanan itu, tetapi Pdt. Padan Tuah sanggup kembali ke Sarawak and Trever White ke sabah dalam tahun 1946.


Pdt. Padan Tuah mengadakan satu lawatan singkat di beberapa sidang Lun Bawang. Dia bergirang hati apabila melihat mereka masih berpegang teguh pada iman mereka kepada Yesus Kristus. Apalagi mereka meminta dia memulakan satu Sekolah Theologia untuk melatih Gembala Sidang mereka.

WhatsApp Image 2023-10-26 at 10.39.50 AM (4).jpeg

Bila Trever White sampai di Ranau, dia mendapati bahawa Kuntuni telah membuat penginjilan di beberapa kampung di sekeliling Ranau semasa pendeta-pendeta ditahan. Kebanyakkan orang kampung menggemari cerita Injil,tetapi mereka hendak menyaksikan kepulanangan pendeta orang putih itu pada penghabisan Perang Dunia sebagi bukti ajarannya. Maka mereka menunggu-nunggu sepanjang tempoh peperangan itu. Bila mereka nampak Trevor White dan diberitahu bahawa Pdt. Meripa sedang pulang, Kuntuni berkhotbah sekali lagi mengakibatkan mereka mulai percaya kepada Yesus Kristus.Injil merebak dari satu kampung ke kampung yang lain dengan cepat sehingga Pendeta BEM merasa pelayanan mengajar di Sabah terlalu besar. 

Tidak lama selepas Pendeta Padan Tuah kembali ke Sarawak, dia menerima satu panggilan daripada Lio Mato (Ulu Baram) meminta dia melawat Kenyang Badeng di sana. Ramai saudara-mara yang disebelah sempadan Kalimantan Timur telah menerima Kristus melalui kesaksian pendeta utusan daripada Amerika Syarikat. Beliau pun bertolak dari Lawas ke Lio Mato dan di sana sekali lagi menjumpai sekumpulan orang yag telah bersiap sedia untuk menerima Kristus.
Dari Lio Mato, Pendita Padan Tuah pergi ke tempat Kayan di Long Tebangan dan hasilnya ialah rumah panjang Kristen Kayan yang pertama di Sarawak. Tidak lama kemudian, rumah panjang Kenyah dan kayan di Baram berturut-turut beriman kepada Yesus Kristus.


 

Sekolah Theologia yang dikehendaki oleh Sidang Lun Bawang itu bermula di Buduk Ngari pada tahun 1947. Dua tahun kemudian Pendita Meripa dan Medge Belcher (Pdt. Ganit) membawa rombongan murid Sekolah Teologia ini ke Sipitang untuk melayani orang Kristen Lun Bawang yang datang dari Pa’ Matang di dalam tamu tahunan. Pada akhir satu kebaktian yang diadakan di sebelah pasar, beberapa orang Tagal dari Meligan bertanya jika mereka boleh diberitahu tentang Injil yang mereka telah mendengar sebahagiannya daripada Lun Bawang dari Pa’ Matang yang singgah satu malam di tempat mereka semasa dipertengahan jalan ke Sipitang. Bila pelayanan mereka di Sipitang selesai, orang Tagal itu meminta supaya mereka pergi ke Meligan untuk mengajar mereka di sana. Oleh kerana pada masa itu kekurangan Pendeta, Pelayanan Misi bercadang supaya mereka yang di Meligan memilih dan menghantar dua orang lelaki ke Sekolah Teologia di Buduk Ngari. Dua orang telah dipih dan telah sampai di Buduk Ngari. Dalam hari cuti, murid yang lain menemani kedua orang Tagal ini ke Meligan untuk mengajar dan menginjil orang Tagal di daerah itu.

​

​

Penduduk Kelabit di Tanah Tinggi (Bario) itu diinjili oleh orang Kristen Lun Bawang dari Daerah Belawit Kalimantan Timur, itu menjadi Kristen biasa tanpa ada apa-apa perubahan dalam kehidupan mereka. Dalam hari cuti Sekolah Theologia

​

Pendeta Ganit Pengiran, Guru Besar Sekolah itu, seringkali memimpin beberapa rombongan muridnya ke tempat Kelabit ini untuk menginjil dan mengajar mereka. Dari Lawas mereka berjalan kaki selama dua minggu ke Bario. Mereka memerlukan sekurang-kurangnya satu bulan untuk melawati dan mengajar di setiap Kampung kelabit. Dua orang murid Kelabit yang pertama masuk ke Sekolah Theologia pada tahun 1949.

​

Kesaksian BEM sudah menyentuh semakin banyak kaum dan bilangan pendeta-pendeta pun semakin bertambah. Namun mereka menghadapi cabaran untuk mengajar dan menghasilkan penuntut Kristen di antara penduduk di pedalaman Sabah dan Sarawak  kerana kawasan yang luas dan kaum yang banyak. Bruce Morten (Pdt. Panai) memulakan satu rancangan penerbangan yang berlanjutan tiga puluh tahun. Rancangan ini mendatangkan pertolongan yang sangat diperlukan oleh mubaligh-mubaligh pada masa itu memandangkan masih luas kawasan yang perlu dilawati. Tambahan lagi jumlah sidang-sidang semakin bertambah. Penerbangan ini sangat diperlukan untuk mengangkut gembala dan keluarga mereka yang melayani di tempat yang jauh di pedalaman.

​

Sementara Injil disampaikan kepada kaum baru, bilangan sidang pun kian bertambah. Dalam masa yagn sama sidang yang telah lama percaya pula mengadapi keperluan untuk kebangunan rohani. Hal ini menjadi satu pokok doa sehingga tahun 1952 bila Dr. Del Ress, seroang pendeta dari China yang berpengalaman datang melawat ke lawas. Dia melihat keperluan yang dalam iaitu bukan bagi sidang tetapi bagi hamba-hamba Tuhan sendiri. Dia berkata “ Roh Kudus dapat melakukan lebih banyak daripada segala yang kamu sedang cuba laksanakan, kalau kamu mengizinkanNya membuat demikian”. Nasihatnya diterima dan dijadikan satu pokok doa. Allah memulaikan pekerjaannya dengan dengan membuktikan dosa yang perlu diakui dan disucikan oleh darah Yesus. Selepas itu, Roh Kudus dapat membaharui kerjaNya di dalam pendeta-pendeta itu. Murid Sekolah Teologia dan pelayan-pelayan juga menyambut pekerjaan kebangunan Roh Kudus ini dan perkara ini berlanjutan selama lebih daripada sepuluh tahun. Hasilnya, ramai Kristen biasa menjadi Kristen yang benar-benar dilahirkan baru dan hidup dalam Roh Kudus. Waktu ini juga merupakan kali pertama kebangunan rohani berlaku di Sidang Kelabit. Di sebuah sekolah pelayan, Tuhan menyentuh hati orang-orang ini dan mereka kembali berkobar-kobar untuk Yesus. Melalui kesaksian dan pengajaran mereka di Irau Pa’ Mein 1955, ramai yang bertobat, lelaki dan wanita telah diperbaharui dalam Kristus. Kerja pembaharuan Roh Kudus ini berlaku di antara kaum lain juga dan menghasilkan banyak sidang baru yang bertumbuh.

​

Pada tahun 1952, bilangan gembala hanya berjumlah dua belas orang sahaja. Mereka semua haus dan rindu untuk mengalami kuasa Roh Kudus dalam jiwa dan pelayanan mereka. Keinginan ini menghasilkan konfrensi gembala yang pertama apabila mereka berhimpun untuk mempelajari Firman Allah dan mendoakan pelayanan mereka.

Pada masa ini pelajar di Sekolah Theologia lawas berjumlah seratus lima puluh orang dan bilangan gembala pun semakin bertambah ramai.

​

Dua tahun kemudian, konfrensi tahunan gembala bertumbuh sehingga gembala atau wakil yang mengambil bahagian termasuk Sidang Lun Bawang, Kayan, Kenyah, Dusun, Kelabit dan Tagal. Konfrensi ini melantik satu komiti Pentadbiran yang di bawah pimpinan Racha Umong.’ Lebih daripada sembila puluh orang gembala dan isteri mereka menghadiri Konfrensi Gembala pada tahun 1955. Mulai dari tahun 1956, Racha Umong mempengerusi semua mesyuarat dan Udan Rangat sebagai setiausahanya. Pada Tahun 1959 pula merupakan tahun rasmi nama “ Sidang Injil Borneo” dipilih dalam Konfrensi ini sebagai nama bagi Gereja Injili di Sarawak, Sabah dan Brunei. Mereka menjemput dua orang wakil daripada KINGMI untuk menerangkan Konstitusi gereja. Racha Umong melanjutkan pelayanannya sebagi Presiden dengan Sigar Berauk sebagai timbalannya dan Kelasi Ating sebagai Setiausaha, Maka SIB dan BEM menjadi dua pertubuhan konstitusi yang berlainan, tetapi mereka masih bekerjasama dengan rapat.

​

Dalam Konfrensi-konfrensi seterusnya mereka kebiasaannya akan memilih seorang gembala Sarawak sebagai Presiden dan seorang gembala dari Sabah sebagi Timbalan Presiden. Bagi mengikut peraturan yang ditetapkan oleh Kerajaan, SIB di Sarawak dan Sabah di daftarkan sebagai dua pertubuhan yang berbeza pada tahun 1976. Oleh yang demikian, Konfrensi 1976 merupakan konfrensi gabungan yang terakhir untuk wakil dari kedua-dua negeri ini. Dengan rasminya dan dalam suasana persaudaraan, mereka mengambil keputusan untuk membentuk SIB Sarawak dan SIB Sabah.

​

​

​​

Tujuan permulaan BEM adalah menyampaikan Injil kepada penduduk di pedalaman Sabah dan Sarawak tetapi dengan tujuan Allah yang istimewa, mereka dapat melayani orang Cina dan orang yang berpindah dari pedalaman ke Bandar. Pada tahun 1952, bila Dr. Del Rees melawat lawas, dia ditemani oleh Pendeta Jogn Chen dari Hong Kong. Di Daerah Lawas ini ada beberapa wanita Lun Bawang yang bersuamikan orang Cina. Wanita ini meminta dua orang Pedeta yang berbahasa Cina ini menginjili suamu mereka. Daripada permulaan yang kecil ini, wujudlah Sidang Cina SIB di Lawas.

Sejak masa itu bilangan sidang cina ini bertambah sehingga mereka boleh dijumpai di kebanyakkan bandar dalam Sarawak Pendeta Percy King dan isterinya pula melayani orang Cina di Miri. Mereka ini datang dari OMF dan melayani di bawah kepimpinan BEM. Bila mereka meninggalkan Miri, satu gereja Cina yang digelar “Miri Gospel Chapel” telah didirikan.

WhatsApp Image 2023-10-26 at 10.39.50 AM (2).jpeg

Tidak lama selepas orang Kenyah Badeng di Lio Mato menjadi Kristien, Badeng di Long Jeeh juga turut menjadi Kristien. Beberapa tahun kemudian, bila Ray dan Evelyn Cunningham (Pdta Sigar & Tunung) tinggal di Lio Mato dan melayani sidang dalam daerah itu, Pdta Singar memimpin sekumpula lelaki dari Sidang Long Jeeh berjalan kaki ke Long Geng, yang berada di tepi sungai Linau, untuk memberitakan Injil kepada Kenyah Badeng di sana.

Kemudian kedua-dua orang pendeta ini tinggal di Long Geng dam dari sana mereka melawat ke rumah-rumah Bangsa Kayan dan Kenyah yang berada disepanjang sungai Rejang dari Belaga ke Long Jawe. Penduduk di daerah Long Jawe adalah Kristen Kenyah daripada gereja KINGMI di Kalimantan Timur. Beberapa tahun kemudian ada Kristien ini yang pergi ke bekerja di daerah Pakan, maka Sigar dan Tunung berkesempatan untuk menyampaikan Injil kepada penduduk Iban di daerah ini. Orang Iban ini menyambut Injil dengan baik, tetapi mereka tidak rela menjadi pengikut Kristus yang benar-benar. Hanya selepas satu tempoh yang panjang, sidang SIB di Daerah ini mulai bertumbuh dan menjadi dewasa.

WhatsApp Image 2023-10-26 at 10.39.50 AM.jpeg

Pendita King juga mengembangkan penginjilan kepada Cina yang di Batu Niah. Selepas beberapa lawatan ke daerah itu, dia menggalakkan BEM dan SIB supaya mereka pergi dan memberitakan Injil kepada orang Iban yang tinggal di sana dan kawasan sungai-sungai yang berhampiran. Maka sidang Iban pun mulau bertumbuh di kawasan sungai-sungai di Batu Niah.

Pada zaman penjajahan , BEM dan SIB didorong oleh Pegawai Kristien di Bintulu supaya mereka pergi menginjil orang kayan di Daerah Tubau. Ini juga memberikan satu kesempatan untuk mengajar Firman di beberapa rumah Iban yang di tepi sungai Kemena. Pada tahun berikutnya, SIB telah menghantar beberapa orang gembala ke daerah ini dan hasilnya ada pembangunan sidang kayan dan Iban di Kemena pada hari ini.

Pdt.Ray Cunningham

bottom of page